Pemain ‘Gred A’ Harimau Malaya Bawa West Ham Julang Piala 
MakanBola
West Ham United FC

Satu lagi kejayaan buat pemain warisan Harimau Malaya apabila menjulang piala bersama West Ham.

Tonggak berusia 17 tahun, Harry Montague kini menjadi aset utama buat West Ham United B-17 menerusi kejayaan merangkul U17 Premier League Cup 2025-26.

Pertahanan tinggi lampai itu menjadi pilihan utama buat pasukan London itu dengan West Ham mendahului perlawanan menerusi jaringan Longman pada minit ke-12 sebelum lawan, Blackburn Rovers B-17 mendahului pada babak pertama hasil jaringan Oliver Flynn (18’) dan Harbey Higgins minit ke-39.  

Bersambung babak kedua, Obi Brooks menyamakan kedudukan buat West Ham pada minit ke-59 sebelum hantaran lintang pemain warisan negara, Montaque berjaya mencari Joel Kerr untuk menanduk masuk gol kemenangan pada minit ke-59.

West Ham berjaya mencipta kemenangan dramatik dengan keputusan 3-2 sekali gus menjulang U17 Premier League Cup 2025-26.

Sebagai rekod, Montaque beraksi sebanyak 19 perlawanan U18 Premier League 25/26 sejak menandatangani kontrak profesional bersama kelab itu pada tahun 2025.

West Ham sebelum ini mengesahkan bahawa laman web rasminya bahawa Montague memiliki pertalian darah dengan Malaysia.

Hal ini sekali gus membolehkan beliau beraksi sama ada untuk mewakili pasukan kebangsaan pada masa hadapan.

Setakat ini, masih tiada pengesahan rasmi daripada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) berhubung status Montague sama ada layak untuk mewakili Harimau Malaya.