West Ham Sahkan Harry Montaque Memang Kacukan Malaysia
MakanBola
West Ham United FC

Kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), West Ham United FC mengesahkan bahawa pertahanan pasukan, Harry Montague berketurunan Malaysia.

Tonggak berusia 18 tahun itu cemerlang menempa nama pada kancah bola sepak Eropah setelah mengikat kontrak profesional bersama The Hammers pada 1 Julai 2025.

Harry kini merupakan tonggak utama skuad West Ham yang beraksi dalam kancah Liga Perdana Inggeris (EPL) B-18 di bawah kendalian Luke Smith.

Tonggak tinggi lampai kelahiran England ini disahkan memiliki keturunan Malaysia menerusi kemas kini pengkalan data kelabnya.

Pemain yang lahir pada 9 Februari 2009 ini difahamkan memiliki pertalian darah dengan Malaysia sekali gus membuka peluang buatnya bersama pasukan kebangsaan. 

Sebagai rekod, beliau telah melakukan 17 penampilan secara keseluruhan pada musim ini.

Beliau juga tampil dengan aksi 90 minit bertenaga dan konsisten ketika membantu West Ham United B-18 mengikat Fulham dengan keputusan 1-1 pada Mac lalu.

Setakat ini, masih tiada sebarang kenyataan rasmi berhubung status sebenar pemain ini daripada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sama ada layak atau tidak untuk mewakili Harimau Malaya.