Pemain Import Pertama Selangor Ucap Selamat Tinggal
Dunia
Selangor FC
Advertisements

Pemain datang dan pergi merupakan lumrah dalam dunia bola sepak. Selepas melalui musim yang sukar bersama Selangor FC, pemain import dari Jordan, Baha Abdulrahman hampir pasti akan meninggalkan pasukan gergasi merah itu.

Bahaa, 35 merupakan pemain import yang didatangkan bersama seorang lagi pemain import dari Jordan iaitu Yazan Al-Arab. Namun kedua-dua pemain ini melalui musim yang berbeza dengan Bahaa kerap kali tersisih berbanding Yazan yang sememangnya menjadi pilihan utama jurulatih.

Tinjauan yang dibuat di laman instagram Bahaa, pemain itu memberi bayangan bahawa beliau akan meninggalkan pasukan Selangor dengan diakhiri dengan ucapan semoga berjaya.

Advertisements

“Alhamdulilah musim telah berakhir dengan jayanya. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pengurusan kelab, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada peralatan teknikal, saudara-saudara saya, rakan-rakan pemain saya, dan terima kasih khas kepada peminat Selangor FC, dan saya ucapkan selamat maju jaya,” coret Bahaa.

Untuk rekod, Bahaa hanya diturunkan 17 kali musim ini. Jumlah perlawanan yang dilalui Bahaa sememangnya agak sedikit jika dibandingkan dengan pemain-pemain import Selangor yang lain. Tiada jaringan dihasilkan dan mengumpul 1052 minit permainan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram