Juara Liga Perdana musim 2021, Negeri Sembilan FC hari ini mengumumkan kemasukan pemain import baharu iaitu Omid Nazari bagi mengetuai jentera tengah skuad Jang musim ini.
Sebelum ini pemain kelahiran Sweden ini pernah berkelana ke Liga Indonesia beraksi bersama pasukan Persib Bandung pada tahun 2019 sehingga 2021.
Beliau berjaya membuat penampilan bersama Persib sebanyak 26 perlawanan dengan satu jaringan.
Untuk pengetahuan, pemain berusia 30 tahun ini pernah mewakili kelab yang pernah bermain dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah iaitu Malmo FF.
Pasukan Negeri Sembilan memaklumkan bahawa Omid Nazari akan mengambil slot kuota Asean bagi saingan Liga Malaysia musim ini.
Untuk rekod, bekas pemain United City ini memiliki lima penampilan bersama skuad kebangsaan Iran. Pengalaman beliau pasti ditagih skuad Jang bagi memperkuatkan pasukan musim ini.