Pemain kacukan Itali, Danish Pesenti telah lulus ujian pertama oleh Juan Torres.
Pemain berusia 19 tahun itu baru menyertai Johor Darul Ta’zim (JDT) pada musim ini dan beraksi buat JDT III.
Beliau mendapat panggilan kali pertama untuk membantu cabaran skuad Malaysia B-19 pada aksi Kelayakan Piala Asia B-20 di Uzbekistan.
Berdasarkan senarai 23 orang pemain yang dipilih oleh pengendali Sepanyol itu, Danish antara 8 muka tonggak JDT yang berjaya merebut tempat.
Bekas tonggak muda Sampdoria di Serie A ini beraksi secara konsisten pada peringkat kelab dan membantu kempen cemerlang JDT III di Piala Belia 2024.
Kehadiran beliau dijangka menyuntik jentera tengah skuad muda negara susulan tewas tiga perlawanan persahabatan di China tempoh hari.
Malaysia B-19 akan membuka tirai berdepan Oman pada 21 September di Stadium Republcan Central sebelum tiga lagi lawan iaitu DPR Korea, Tajikistan dan Sri Lanka menanti negara.