Pemain kacukan Malaysia mencipta kebanggaan di Chelsea ketika ini.
Tonggak yang dimaksudkan itu ialah perancang tengah The Blues, Kiernan Dewsbury-Hall yang mula menjadi pilihan utama pasukan.
Ketua Jurulatih, Enzo Maresca sekali lagi meletakkan kepercayaan kepada pemain berusia 25 tahun itu untuk beraksi tetapi kali ini dalam kesebelasan utama.
Beliau memastikan Chelsea selangkah untuk layak ke UEFA Europa Conference League menerusi kemenangan 2-0 di Stamford Bridge.
Dewsbury-Hall menerima penilaian 7.2 oleh laman Sofascore dan menjadi antara pemain paling menyerlah menentang kelab Switzerland, Servette.
Beliau bermain 90 minit, merekodkan 53 sentuhan dengan 90 peratus ketepatan, melakukan dua hantaran tepat dan menghalang dua percubaan lawan.
Menurut laman Frfuturetalents, makcik kepada pemain ini mengesahkan pertalian darah daripada neneknya yang merupakan warganegara Malaysia.
Dewsbury-Hall kini dinilai pada tanda harga 30 Juta Euro bersamaan RM152 Juta sekaligus bakal menjadi pemain termahal Malaysia sekiranya impian ini menjadi kenyataan.