Advertisements
Pemain Ke-4 Tinggalkan Kedah
Transfer
MakanBola
Kedah Darul Aman FC

Pemain ke-4 dilaporkan bakal meninggalkan pasukan Liga Super, Kedah Darul Aman FC.

Advertisement

Skuad kendalian Nafuzi Zain berdepan pelbagai rintangan susulan masalah luar padang yang melanda.

Situasi tidak menentu ini menyaksikan Sang Kenari tidak dapat mengharungi musim 2024/25 dan diakui oleh pengendali pasukan sebelum ini.

Advertisement

Pada jendela perpindahan kedua Liga Super Ogos lalu, tiga pemain telah membuat keputusan untuk meninggalkan pasukan Utara tanah air itu.

Kapten pasukan, Habib Haroon membawa haluan ke Bahrain dengan menyertai Sitra SC sementara dua penjaga gol turut membawa haluan baharu.

Advertisement

Penjaga gol meningkat naik, Fikri Che Soh memilih untuk membawa haluan ke Kelantan DN manakala Kalamullah Al-Hafiz menyertai seteru hebat Liga Super, Selangor FC.

Advertisement

Khabar baharu dilaporkan apabila watak penting pada bahagian serangan Kedah Darul Aman, Sony Norde dilaporkan bakal meninggalkan Liga Super Malaysia.

Menerusi laporan oleh wartawan Astro Arena. Zulhelmi Zainal Azam, pemain berusia 35 tahun itu bakal menyertai sebuah kelab Liga 1 Indonesia dalam masa terdepat sekaligus menjadi pemain ke-4 meninggalkan Sang Kenari.

Advertisement

Kedah bakal berdepan cabaran finalis Piala Malaysia 2023, KL City pada aksi pusingan ke-16 yang dijadualkan pada November ini.