Pemain Kedah Keliru, Pengadil Disangka Kawannya
Liga Super
Youtube / unifi + ROTP
Advertisements

Dalam satu perlawanan Liga Super melibatkan pasukan PJ City dan Kedah Darul Aman, tular kejadian pengadil memakai baju warna seakan-akan pemain pasukan Kedah.

Separuh masa pertama bermula dengan baik dan kedua-dua pasukan tidak membuat sebarang bantahan dengan warna baju pengadil perlawanan.

Kejadian ini dikesan lebih awal oleh laman Facebook ROTP dan seperti yang dijangka, akhirnya berlaku kekeliruan di dalam padang.

Advertisements

Masuk minit ke-25, pemain Kedah menghantar bola kepada pengadil namun bola tersebut melantun dan pasukan pelawat bernasib baik apabila bola tersebut masih dalam kawalan mereka.

Kesilapan ini akhirnya disedari barisan pengadil lalu beliau menukar baju kepada warna hitam setelah bersambung babak ke-2 perlawanan.

Advertisements

Perlawanan berkeseduhan dengan pasukan pelawat menang selesa 1-4 ke atas pasukan PJ City di Stadium Petaling Jaya.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram