Advertising
Pemain Kedah Terima Imbuhan Sebelum Menentang KL City
MakanBola
Kedah Darul Aman FC

Pemain-pemain Kedah Darul Aman FC (KDA FC) menerima suntikan semangat menjelang aksi menentang KL City FC.

Isu luar padang mempengaruhi prestasi Sang Kenari di atas sejak kebelakangan ini. Ini termasuk disingkirkan PDRM FC di pentas separuh akhir MFL Challenge Cup.

Ad

Atas sebab itu, wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi melaporkan barisan pemain Kedah telah menerima sedikit imbuhan menjelang aksi menentang The City Boys.

Ad

“Saya difahamkan pengurusan kelab telah memberi sedikit imbuhan kepada barisan pemain di sebelah pagi (6 Mac) tadi. Mungkin tidak begitu besar tetapi ada sedikitlah,” katanya kepada Nadi Bola.

“Saya difahamkan juga pada malam esok (7 Mac) sama ada sebelum sepak mula atau selepas perlawanan, akan ada sedikit lagi imbuhan buat pasukan Kedah.”

Ad

Berita ini dilihat membakar semangat anak buah Victor Andrag untuk memburu kemenangan di gelanggang keramat mereka, Stadium Darul Aman.

Ad

Kedah berharap dapat bangkit selepas dikecewakan Negeri Sembilan FC dalam aksi terakhir liga pada 26 Februari lalu.

Ad

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments