Advertising
Pemain Kelantan DN Bermain Demi Lencana Di Dada
Liga Super
MakanBola
Penang FC

Pemain tengah Kelantan Darul Naim FC (KDN FC), Adam Danial Md Zaid memaklumkan barisan pemain pasukan itu akan terus bermain demi maruah pasukan.

Hasrat itu dizahirkan bekas pemain tengah Johor Darul Ta’zim (JDT) II itu selepas Kelantan DN tewas kepada Penang FC baru-baru ini.

Ad

Sang Kijang Emas tewas 6-1 kepada Harimau Kumbang di Stadium Sultan Muhammad IV (SSMIV), Kota Bharu. Penyerang Brazil, Rodrigo Dias menyumbat empat gol dalam aksi berkenaan.

Ad

Adam mengakui bukan mudah buat barisan pemain muda Kelantan DN beraksi dalam perlawanan tersebut.

Meskipun pasukan itu dibelenggu masalah di luar padang, pemain tengah berusia 20 tahun itu melihat barisan pemain akan terus berjuang demi menjaga maruah pasukan Pantai Timur itu.

Ad

“Perlawanan sebentar tadi, (kita) boleh tengok pemain-pemain B-23 yang naik ke atas sangat cemerlang. Cuma kita kurang latihan dan kurang semuanya.

Ad

“Tapi semua pemain bermain demi lencana di dada,” katanya selepas tamat perlawanan Kelantan DN-Penang.

Ad

Kelantan DN akan berehat selama beberapa minggu sebelum mengharungi aksi liga seterusnya. Mereka akan menentang Kuching City FC di Kota Bharu pada 26 Februari ini.