Advertisement
“Pemain Malaysia Berpeluang Beraksi Di Liga Jepun, Korea & Arab Saudi” – Hamidin
Asia
MakanBola
Edited By FZ

Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Dato’ Hamidin Mohd Amin mengesahkan bahawa Malaysia bakal menghantar pemain berpotensi beraksi di luar negara bakal jadi kenyataan.

Menerusi satu kenyataan hari ini, beliau menjelaskan bahawa terdapat pelbagai usaha yang sedang digembleng bagi memacu kemajuan bola sepak Malaysia.

Beliau yang kini ke Kigali, Rwanda bagi membincangkan tiga elemen utama dalam memperkasakan lagi bola sepak negara iaitu video bantuan pengadil (VAR), perlawanan antarabangsa Tier 1 FIFA dan pelan menghantar pemain negara berkualiti yang berminat berkelana dengan kelab luar negara.

Katanya, antara perkara yang dititikberatkan olehnya adalah berkenaan potensi untuk menghantar bakat muda berkualiti negara ke penyas yang lebih besar.

“Kita juga membincangkan secara terperinci dengan UAE, Arab Saudi, Qatar, Jepun dan Republik Korea mengenai pemain negara yang dilihat berkualiti dan berminat untuk dihantar bermain dengan liga negara terbabit,” kata Datuk Haji Hamidin.

Usaha ini dilihat bagi mengembangkan lagi potensi yang dimiliki terutamanya bagi bakat muda yang berada di Malaysia untuk terus menempatkan diri dalam kancah bola sepak Asia.

Antara pemain yang sudah pernah beraksi di luar negara ialah Hadi Fayyadh di Jepun, R. Kogileswaran di Korea dan Luqman Hakim yang berada di Iceland ketika ini.

Ini juga bagi memantapkan lagi persediaan pasukan menjelang sepak mula Piala Asia 2024 yang berlangsung di Qatar awal tahun hadapan.