Pemain Malaysia Di Luar Negara Dalam Radar Kuching City
MakanBola
Kuching City FC

Seorang pemain Malaysia yang berpangkalan di luar negara berada dalam radar pasukan Kuching City FC.

Perkara ini disahkan sendiri oleh jurulatih The Cats, Aidil Sharin Sahak. Meskipun begitu, beliau tidak mendedahkan identiti pemain tersebut.

Aidil memaklumkan perancangan mendapatkan pemain berkenaan bergantung kepada kedudukan kewangan Kuching City.

Pada masa sama, jurulatih Singapura itu tidak menolak mendapatkan pemain itu jika dapat memberi nilai tambah kepada The Cats untuk baki kempen musim ini.

“Mungkin akan ada seorang lagi pemain tempatan, tetapi ia bergantung kepada bajet dan apa yang boleh saya katakan, pemain itu merupakan pemain tempatan yang kini beraksi di luar negara,” katanya seperti dilaporkan TVS.

Aidil turut mendedahkan dua tonggak import baharu akan menyertai pasukan itu. Dua tonggak import itu berasal dari Afrika dan Timur Tengah.

“Ya, sudah tentu mereka yang pemain berkualiti dan Inilah jenis pemain yang kami mahu kerana mereka mampu membantu pasukan,” tambahnya.

Tetingkap perpindahan kedua Liga Super menyaksikan bekas pemain Penang FC, Arif Farhan Md. Isa menjadi rekrut pertama The Cats.

Claim Money Packet TnG