Pemain Muda Cetus Impak Segera, Bantu Pasukan Cemerlang Di Liga Super
Dunia
Instagram: @officialterengganufc
Advertisements

‘Pemain gantian beri impak tak masuk akal musim ini.’

Saingan Liga Super musim ini memperlihatkan beberapa orang pemain yang menyerlah sungguhpun dimasukkan sebagai pemain gentian.

Mereka telah mencetuskan impak segera untuk membantu pasukan sama ada dari sudut bertahan mahupun dalam menjana jentera serangan pasukan.

Advertisements

Oleh yang demikian, terdapat beberapa pasukan yang sering menggunakan pemain gantian sebagai ‘modal’ bagi merencanakan taktikal untuk menewaskan musuh ketika pemain-pemain utama tidak dapat memberikan impak dengan cukup baik di atas padang.

5. Danial Asri

Danial Asri antara pemain yang menjadi tumpuan ketika beraksi bersama pasukan Selangor Fc musim ini. Beliau yang sering dimasukkan sebagai pemain gantian masih mendapat sentuhan jaringan.

Advertisements

Pemain ini telah meledak 3 gol termasuklah dua jaringan ketika bertemu dengan Kedah dan juga Sabah baru-baru ini.

Kematangan yang ditunjukkan oleh pemain ini ketika bergandingan bersama Ifedayo jelas kelihatan sungguhpun seringkali masuk sebagai pemain gantian.

Dengan usia yang masih muda, bakat dan potensi pemain ini masih boleh dikembangkan untuk menjadi pemain utama skuad gergasi Merah Kuning itu.

Advertisements

4. Kogileswaran Raj

Bintang muda pasukan PJ City ini sering digunakan oleh P. Maniam sebagai pemain gantian musim ini. Beliau yang boleh beraksi di pelbagai posisi termasuklah penyerang tengah telah memperagakan aksi mantap bersama pasukan.

Sungguhpun baru berusia 22 tahun, beliau telah beraksi sebanyak 16 perlawanan musim ini dengan 13 daripadanya sebagai pemain gantian.

Advertisements

Bekas pemain Pahang ini juga telah menjaringkan 2 gol dan mencetak 1 bantuan gol setakat ini.

Walaupun beliau bukanlah pilihan utama untuk mengetuai jentera serangan disebabkan kehadiran pemain berpengalaman seperti Mahali Jasuli, Khyril Muhymeen dan juga Darren Lok di barisan serangan, beliau sentiasa memanfaatkan peluang dengan baik setiap kali diberi peluang.

3. Mukhairi Ajmal

Mukhairi Ajmal melengkapkan perpindahan ke pasukan Merah Kuning dengan status sebagai antara prospek masa depan terbaik negara ketika ini.

Pemain kelahiran Sungai Lembing, Pahang ini diberi peluang untuk menonjolkan potensi sebenar susulan beberapa pemain yang tidak menampilkan aksi yang baik bersama pasukan.

Beliau ternyata memanfaatkan peluang ini dengan baik apabila menjadi salah satu pemain penting buat pasukan Selangor ketika ini.

Dalam 20 perlawanan beliau diturunkan, Mukhairi telah beraksi 11 kali sebagai pemain gantian dan menjaringkan 1 gol dan mencetak 2 bantuan gol.

Kini, beliau diletakkan sebagai perancang utama pasukan dan mencetak nama selaku penjaring ketika mencatat kemenangan besar 6-0 menentang Sabah.

2. Fayadh Zulkifli

Pemain muda Kedah FC, Fayadh Zulkifli kini menjadi watak penting buat skuad Aidil Sharin untuk mengharungi kempen cemerlang bersama pasukan ketika ini.

Pemain berusia 22 tahun itu menjadi pemain gantian terbanyak musim ini. Beliau dimasukkan sebanyak 17 kali sebagai pemain gantian dalam kesemua penampilan yang dilakukannya musim ini.

Bukan itu sahaja, pemain ini berhasil menjaringkan 3 gol sungguhpun sering beraksi sebagai pemain gantian sahaja.

Anak kelahiran Kedah ini boleh beraksi di mana-mana posisi sayap kiri dan kanan memiliki larian yang deras serta teknik yang baik untuk mengkucar-kacirkan barisan pertahanan lawan.

Beliau juga diberi gelaran ‘pelesit’ oleh sebahagian penyokong yang teruja dengan kelajuan yang dimiliki oleh pemain ini.

1. Hakimi Abdullah

Pemain sayap kiri pasukan Terengganu FC ini cemerlang memperagakan aksi yang cukup meyakinkan pada musim ini. Beliau bukan sahaja memiliki teknik yang baik malah sering dijadikan sebagai ‘super-sub’ buat pasukan kendalian Nafuzi Zain itu.

Sungguhpun baru berusia 21 tahun, kematangan dan ketenangan permainan beliau menjadi aset terbaik pasukan. Pada musim ini, beliau telah beraksi sebanyak 20 perlawanan dalam saingan Liga Super.

Namun begitu, beliau telah diturunkan sebanyak 11 kali sebagai pemain gantian. Bukan itu sahaja, sepanjang aksinya musim ini, pemain kelahiran Kelantan ini telah meledak 5 gol dan menghasilkan 1 bantuan gol.

Beliau juga menempa nama sebagai antara penjaring terbanyak Liga Super musim ini.

Hakimi juga telah menjadi penjaring gol tunggal pasukan ketika mencatat kemenangan ke atas pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) ketika bertandang ke Stadium Sultan Ibrahim.

Persembahan konsisten beliau telah meletakkan pemain ini sebagai antara pemain muda termahal dalam liga ketika ini. Nilai pasaran beliau mencecah sekitar 100,000 Euro iaitu sekitar 489,000 Ribu.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram