Pemain Olympique Lyon ‘Dibasuh’ Ultras Curi Perhatian
Ligue 1
Amazon Prime
Advertisements

Selepas tewas 4-1 kepada PSG semalam, ultras Olympique Lyon yang sudah hilang sabar bertindak memarahi pemain-pemain mereka semalam.

Kelompok penyokong ini merasa tidak berpuas hati dengan prestasi buruk Lyon pada awal musim. Sejak Ligue 1 bermula pada 14 Ogos lalu, Les Gones hanya seri sekali dan kalah tiga kali.

Justeru, tidak hairanlah ultras Lyon yang paling terkenal iaitu Bad Gones bersemuka dengan semua pemain bagi menyatakan kekecewaan mereka.

Advertisements

“Kepada skuad Olympique Lyonnais 2023-2024, mesej ini ditujukan kepada anda. Kepada yang menggalas tanggungjawab sebagai pemimpin bilik persalinan, mesejnya jelas: Jika ada pemimpin dalam bilik persalinan ini, mereka tiada hak lagi untuk berdiam diri.

“Anda menyarung jersi Olympique Lyonnais. Anda yang sekarang ini menyarung jersi Olympique Lyon. Orang lain sebelum anda telah memakainya dengan bangga.

“Anda tiada hak untuk mencemarkannya. Sekarang dengan tetingkap perpindahan sudah ditutup, skuad sudah ada. Apa yang kami minta ialah berada di samping anda. Tetapi untuk melakukannya, anda perlu berjuang untuk mendapatkannya. Anda perlu sayang dan hormati baju itu.

Advertisements

“Ada satu lagi yang kami minta: menyanyikan nama anda. Menyanyi dengan rasa cinta, bukan seperti kami menyanyikan nama-nama pengkhianat yang telah meninggalkan kelab dalam enam bulan terakhir.

“Kami mahu menyanyikan nama anda dengan rasa hormat, dengan rasa cinta. Kerana kami tahu anda bermain dengan rasa sayang.

“Tetapi kami juga menjangkakan anda semua menghormati jersi ini dan jika kami berdepan kekalahan sekalipun, maruah kami tetap terjaga Hidup OL,” kata seorang ketua ultras kepada mereka semalam seperti dilaporkan Daily Mail

Advertisements

Episod ini menambah lagi kemelut yang dihadapi Les Gones ketika ini. Dengan Lyon ketika ini berada di tangga tercorot liga, kedudukan pengurus Laurent Blanc kini dalam bahaya.

Les Gones merupakan antara kelab paling berjaya dalam liga Perancis dan pernah menjulang Ligue 1 tujuh kali berturut-turut sebelum dominasi PSG dalam liga.

Selain bergelut dengan prestasi buruk di atas padang, Lyon turut menyaksikan bekas pemilik, Jean-Michel Aulas menyaman pemilik pasukan ketika ini dari Amerika Syarikat, John Textor.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram