3 Pemain Yang Buat Harimau Malaya ‘Untung Besar’
Dunia
Khairul / MakanBola
Advertisements

Nilai para pemain Harimau Malaya kini ibarat pisang goreng panas tatkala kemenjadian prestasi pasukan telah memberi impak kepada nilai pasaran mereka.

Hal ini menyebabkan kebanyakan nilai para pemain utama skuad kebangsaan mencanak naik sekaligus meletakkan mereka pada posisi yang selayaknya.

Berikut merupakan senarai tiga orang pemain yang paling bernilai Malaysia ketika ini.

Advertisements

3. Matthew Davies

Pertahanan tengah pasukan Johor darul ta’zim (JDT) ini merupakan pemain ketiga paling mahal yang dmiliki oleh skuad negara ketika ini.

Perpindahan beliau ke pasukan Harimau Selatan jelas membantu untuk melonjakkan lagi nama dan juga reputasinya selaku antara pertahanan paling konsisten pasukan ketika ini.

Advertisements

Pemain berusia 26 tahun ini juga merupakan tunjang utama Benjamin Mora di peringkat domestik dan juga di pentas Asia yang menyaksikan mereka mara ke pusingan kalah mati ACL.

Bukan itu sahaja, Matt turut cemerlang mengemudi benteng pertahanan Malaysia sehingga berjaya layak ke pentas Piala Asia tahun hadapan.

Nilai pasaran Davies ketika ini mencecah sehingga 350,000 Juta Euro bersamaan dengan RM 1.60 Juta.

Advertisements

2. La’vere Corbin-Ong

Pemain ini mrupakan tunjang utama Kim Pan-gon tatkala beliau beraksi dalam kesemua perlawanan peringkat Kelayakan Piala Asia baru-baru ini.

Pertahanan tinggi lampai berusia 31 tahun ini sedang menikmati kemuncak prestasinya apabila beliau menajdi watak penting buat kelab dan juga negara.

Advertisements

Kerja keras dan kudratnya di atas padang jelas meninggalkan kesan yang besar buat pasukan tatkala Corbin sentiasa menjadi igauan pemain lawan di atas padang.

Beliau turut berpeluang mencetak nama selaku penjaring apabila gerakan solonya ketika menentang Turkmenistan telah membantu pasukan untuk layak ke Piala Asia.

Ketika ini, nilai Corbin difahamkan setinggi 350,000 Juta Euro bersamaan dengan RM 1.60 Juta sekaligus berada pada posisi kedua pemain termahal pasukan.

  1. Dion Cools

Pemain berusia 26 tahun ini sedang berkelana di Denmark merupakan pemain paling bernilai yang dimiliki oleh Malaysia.

Cools yang juga merupakan pemain kelahiran Malaysia-Belgium memiliki pengalaman yang luas di pentas bola sepak Eropah dan beraksi bersama pelbagai kelab di sana.

Walau bagaimanapun, beliau dikhabarkan bakal pulang beraksi di Malaysia bersama Johor Darul Ta’zim (JDT) pada musim hadapan.

Beliau juga cemerlang membantu Harimau Malaya pada pentas Kelayakan Piala Asia apabila menjadi pemain paling penting dalam pasukan.

Cools beraksi dalam kesemua perlawanan di peringkat kumpulan untuk menamatkan penantian selama 42 tahun Malaysia mara ke pentas Piala Asia secara merit.

Pemain yang mesra disapa ’Dion Sejuk’ ini bernilai sekitar 850,000 Juta Euro bersamaan dengan RM 3.87 Juta dan berada sebaris dengan bintang terkemuka ASEAN yang lain.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram