Pemain Penang Temui Cinta Baru Di Iceland
Transfer
Penang FC
Advertisements

Penyerang Ireland, Abdul Abdeen Temitope kini menemui haluan baru selepas dilepaskan Penang FC pada penghujung musim lepas.

Penyerang berusia 28 tahun itu sah menyertai kelab divisyen dua Iceland, Dalvik/Reynir baru-baru ini.

“Penyerang Ireland, Abdul Abdeen Temitope telah menandatangani kontrak setahur dengan Dalvík/Reynir dan akan bermain bersama pasukan dalam Lengjudeild (divisyen dua Iceland) musim panas ini.

Advertisements

“Abdul yang berusia 28 tahun ialah seorang penyerang yang tinggi dan tegap tetapi sudah bermain dalam liga-liga yang baus di seluruh dunia dengan reputasi yang baik.

“Beliau dijangka tiba di Dalvik pada minggu hadapan. Kami meletakkan harapan yang tinggi pada pemain ini dan tidak sabar bekerjasama dengannya. Selamat datang, Abdul,” kata kelab dalam satu kenyataan.

Abdeen berharap pulangan golnya dalam Lengjudeild jauh lebih baik berbanding bersama Penang dalam saingan Liga Malaysia (Liga M).

Advertisements

Beliau hanya merekodkan 10 penampilan dan dua gol dalam Liga M mengikut data Transfermarkt. Dua gol tersebut direkodkan semasa meraih kemenangan 3-2 ke atas Sri Pahang FC.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram