Eropah
Getty Images
Advertisements

Artikel sebelum ini telah menyenaraikan 5 perpindahan termahal bagi musim 2021/2022, namun kali ini disenaraikan pula 5 perpindahan pemain secara pinjaman yang berbaloi dan mampu memberi keuntungan kepada kelab.

Kaedah pinjaman pemain adalah salah satu cara bagi mendapatkan pemain tersebut menyertai sesebuah kelab dalam suatu tempoh masa yang ditetapkan mengikut perjanjian kontrak. Berikut merupakan 5 pemain pinjaman yang berstatus besar pada musim ini:

Antoine Griezmann (Atletico Madrid)

Advertisements
griezmann barca 5 Pemain Pinjaman Yang Paling Berbaloi Bagi Musim 2021/2022

Griezmann mengejutkan para penyokong Atletico apabila kembali menyertai kelab tersebut pada hari terakhir secara pinjaman. Sejak menyertai Barcelona, kemerosotan prestasi Griezmann serta masalah kewangan Barcelona memberi laluan bagi Atletico mendapatkan kembali bekas pemain mereka.

Atletico bagaimanapun berpeluang mengikat Griezmann secara kekal apabila mempunyai pilihan untuk membeli Griezmann dengan tag harga €40 juta.

Nuno Mendes (PSG)

Advertisements

Pemain pertahanan kiri ini merupakan prospek muda berkualiti daripada kelab Sporting Lisbon. Baru berusia 19 tahun, Mendes menyertai PSG secara pinjaman dengan yuran pinjaman sebanyak €7 juta dan pilihan untuk membeli dengan harga €40 juta.

Satu pelaburan yang berbaloi buat PSG setelah berjaya mendapatkan bakat muda kelahiran Portugal ini. Mendes dijangka akan digandingkan bersama Achraf Hakimi dibahagian pertahanan kiri dan kanan.

Saul Ñíguez(Chelsea)

Advertisements

Saul menyertai Chelsea pada hari terakhir jendela perpindahan pemain secara pinjaman dan seperti Griezmann dan Mendes, Chelsea mempunyai pilihan untuk mengikat Saul secara tetap pada harga €40 juta.

Namun prestasi Saul sejak 2 musim lalu masih tidak konsisten dan sedikit menurun ketika bersama Atletico. Kehadiran Saul ke Chelsea dilihat mampu menghidupkan kembali karier beliau apabila bakal bekerjasama dengan Thomas Tuchel.

Moise Kean (Juventus)

Advertisements

Moise Kean kembali ke Itali untuk menyertai bekas kelabnya, Juventus. Pemain berusia 21 tahun ini berada dalam perancangan pengurus baharu Juventus, Massimo Allegri setelah Cristiano Ronaldo berpindah ke Manchester United.

Prestasi Kean di Everton sebelum ini agak merudum namun usia 21 tahun beliau memberikan kelebihan buatnya untuk terus memperbaiki kualiti permainan beliau.

Manuel Locatelli (Juventus)

Photo: Claudio Villa/Getty Images

Locatelli menyertai Juventus secara pinjaman selama 2 tahun dengan kewajipan untuk membeli pada harga €25 juta. Locatelli yang beraksi cemerlang bersama skuad kebangsaan Itali serta Sassuolo telah memberikan peluang buat beliau untuk menyertai kelab gergasi Itali itu.

Locatelli sebelum ini merupakan produk akademi AC Milan namun dilepaskan kepada Sassuolo. Beliau berjaya menjaringkan 2 gol dalam 5 penampilan bersama skuad Itali di EURO 2020.

Penutup

Terdapat beberapa lagi pemain seperti yang dipinjamkan seperti Merih Demiral, Joaquin Correa dan Hector Bellerin namun 5 nama besar tersebut lebih mendapat perhatian peminat bola sepak Eropah.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram