“Pemain Sabah Terlalu Takut” – Ong Kim Swee
Liga Super
Sabah FC
Advertisements

Kekalahan 4-0 Sabah kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) nyata mengecewakan jurulatih mereka, Datuk Ong Kim Swee. Ini kerana sebarang pelan yang dirangka untuk mengekang mereka semasa perlawanan terus binasa.

Berdasarkan pemerhatian bekas jurulatih skuad kebangsaan itu, beliau mendapati anak-anak buahnya takut memegang bola terlalu lama kerana bimbang dengan tekanan yang dibawa pemain-pemain JDT.

Akibatnya, ini memudahkan Harimau Selatan mengawal perlawanan dan memaksa pemain-pemain Sabah terpaksa berkubu di bahagian mereka bagi mengelak dibolosi. Apabila itu berlaku, pemain-pemain Badak terpaksa mengejar sekaligus mendedahkan mereka kepada ancaman gol JDT pada lewat permainan.

Advertisements

“Ya, kita tidak bermain dengan begitu baik, terlampau takut memegang bola. Dan itu salah satu faktor di mana kita memberi terlampau banyak ruang kepada pasukan JDT, mereka mengawal permainan cukup baik.

“Dan apabila kita dibolosi gol kedua, kita harus mengejar permainan seperti mana yang berlaku pada 15 minit yang terakhir. Kita gagal fokus dan mendapatkan sekurang-kurangnya satu gol, itu yang terjadi,” katanya kepada Astro Arena selepas tamat perlawanan.

Advertisements

Kekalahan ini merupakan kekalahan pertama Sabah musim ini. Dengan dua perlawanan sukar menentang Negeri Sembilan dan KL City selepas ini, Kim Swee mahu anak-anak buahnya melupakan kekalahan tersebut dan kembali fokus kepada dua perlawanan seterusnya.

Ini kerana sekiranya mereka meraih kemenangan daripada dua perlawanan tersebut, ia bakal mengukuhkan cengkaman Sabah di tempat kedua. Dan itu sesuatu yang mahu dicapai Kim Swee selepas ini.

Advertisements

“Tidak, kita harus kembali sebab kita ada dua perlawanan ‘away’ bersama Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan. Ia bukan perlawanan mudah dan pemain-pemain harus bangkit jika kita ingin bersaing merebut kelompok yang terbaik,” tambahnya.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram