Pemain kelab China iaitu Shanghai Port bertindak ganas apabila menyiku muka pemain JDT, Arif Aiman Hanapi.
Pemain berusia 22 tahun itu turun dalam kesebelasan utama menentang wakil China itu pada aksi pembukaan AFC Champions League Elite (ACLE).
Skuad Harimau Selatan lebih banyak melakukan gerakan balas pantas pada babak pertama.
Peluang terbuka luas buat Arif Aiman untuk menggerakkan serangan balas pantas dan berdepan satu lawan satu dengan Wei Zhen.
Kelincahan pemain bertubuh kecil ini cuba melepaskan diri daripada kawalan pemain lawan namun disiku hingga rebah.
Arif bernasib baik apabila tidak ditimpa sebarang kecederaan dan meneruskan permainan seperti biasa untuk membantu JDT.
Beliau telah diturunkan sebanyak 14 perlawanan pada musim ini dan membantu JDT meraih dua trofi domestik setakat ini.