Eropah
Advertisements

Bakat muda sentiasa menjadi perhatian peminat bola sepak kerana dianggap sebagai penyambung legasi pemain yang sudah berumur. Kini, terdapat 4 pemain muda yang belum menginjak usia 20 tahun tetapi sudah menjadi pemain penting dalam pasukan. Antaranya ialah:

1- Pedri

pedri 4 Pemain Tengah Yang Kini Mencipta Nama Sebelum Usia 20 Tahun

Siapa tidak kenal dengan pemain Barcelona yang sudah beraksi sebanyak 73 perlawanan buat kelab dan pasukan kebangsaan di awal usia 18 tahun. Dinilai sebanyak €80m, ini membuktikan Pedri seorang pemain yang berbakat besar.

Pedri terlibat dalam 52 perlawanan bersama Barcelona dan telah menjaringkan 4 gol dan 6 assist. Peminat Barcelona mula melabel Pedri sebagai pengganti Iniesta. Sudah mendapat tempat utama bersama Barcelona, Pedri kini menjadi nadi utama buat pasukan.

Advertisements

2- Eduardo Camavinga

Eduardo Camavinga mula menarik perhatian peminat bola sepak apabila melakukan debut seawal usia 16 tahun. Camavinga mencipta rekod menjadi pemain termuda bermain buat Rennes dan aksi cemerlang di awal usia memberikan Camavinga peluang menjadi pemain utama pasukan.

Camavinga membantu Rennes menduduki tempat ke-6 musim lalu. Kini, Camavinga menjadi buruan Manchester United, Liverpool dan Real Madrid. Kontrak Camavinga berbaki kurang setahun lagi dan dijangka bakal dilepaskan secara percuma musim depan.

3- Jude Bellingham

Pemain ini menampilkan aksi hebat ketika bersama Birmingham lalu terus disambar Borussia Dortmund dengan harga €23m ketika usia 16 tahun. Kini baru menginjak 18 tahun, Bellingham dijangka mengikut jejak Jadon Sancho apabila sudah mula diintai pasukan gergasi Eropah.

Advertisements

Beraksi 46 perlawanan musim lalu bersama Dortmund, pemain tengah ini berjaya menjaringkan 4 gol dan 4 assist. Pemain ini juga sesuai beraksi di posisi pemain tengah menyerang namun lebih dominan di posisi tengah.

4- Ryan Gravenberch

Tidak pelik Gravenberch dilabel pemain berbakat walaupun baru berusia 19 tahun kerana pemain ini merupakan pemain akademi Ajax. Pemergian Donny Van De Beek dan Frenkie De Jong yang merupakan pemain tengah Ajax memberi peluang buat Gravenberch untuk memecah masuk pasukan utama.

Musim lalu Gravenberch bermain sebanyak 47 perlawanan keseluruhan dan berjaya menjaringkan 5 gol dan 6 assist buat Ajax. Gravenberch yang kini pemain utama Ajax juga mula mendapat perhatian kelab besar seperti Liverpool dan Barcelona.

Advertisements

Penutup

Kualiti yang dipamerkan pemain muda ini nyata menguntungkan pasukan malah mereka kini menjadi pemain utama buat pasukan masing-masing. Ada ramai lagi pemain muda yang sudah mencipta nama namun artikel kali ini hanya menyenaraikan pemain yang bemain di posisi pemain tengah sahaja.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram