Penyerang Ulsan Hyundai, Kim Ji-hyun tidak gentar berdepan Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) biarpun beraksi di gelanggang lawan.
Perlawanan keempat Kumpulan I ACL ini dianggap medan balas dendam buat tuan rumah. Ini selepas mereka tewas 3-1 kepada The Tigers dalam aksi ACL lepas.
Justeru, dengan kelebihan beraksi di gelanggang sendiri, kelebihan ini mahu dimanfaatkan sepenuhnya JDT bila turun menentang Ulsan nanti.
Ji-hyun mengakui situasi ini memberi kesukaran kepada beliau dan rakan-rakan sepasukannya disebabkan suasana dan penyokong yang berbeza.
Pada masa sama, pengalaman berdepan Harimau Selatan sebelum ini membantu mereka mengatur persiapan rapi untuk perlawanan itu.
“Saya dengar perlawanan menentang JDT di tempat lawan amat sukar disebabkan suasana dan penyokong yang berbeza.
“Tapi saya fikir semua perkara ini telah diatasi dengan kejayaan dalam perlawanan terakhir. ACL mempunyai suasana di mana anda boleh fokus pada semua perkara, jadi kita bersedia untuk itu.
“Kita sudah berdepan JDT beberapa kali dan kita akan bersiap sedia untuk bermain dalam keadaan terbaik,” katanya dalam sidang media pra-perlawanan hari ini seperti dilaporkan Astro Arena dan Yonhap.
The Tigers mempunyai kenangan buruk beraksi di Stadium Sultan Ibrahim (SSI) di mana mereka tewas dua kali berturut-turut dalam saingan ACL musim 2022.
Ulsan berharap perkara sama tidak berulang apabila mereka bersemuka dengan Harimau Selatan di SSI esok.