Pemain Warisan Malaysia Mengganas Di England
Eropah
AFC Sudbury
Advertisements

Pemain warisan Malaysia, Kobe Chong terus menyerlah bersama Alvechurch dengan kali ini menyumbat gol kemenangan menentang Stratford Town semalam.

Kobe yang semakin serasi bersama pasukan barunya itu bagaimanapun perlu menunggu sehingga minit ke-66 untuk menjaringkan gol.

The Church dianugerahkan sepakan penalti apabila pertahanan The Bards menjatuhkan penyerang mereka, Adan George dalam kotak penalti.

Advertisements

Kobe tenang mengambil sepakan penalti bagi meletakkan Alvechurch di hadapan. Stratford Town terus dirundung malang apabila pertahanan mereka, Abel Alabi dibuang padang kerana mengutip kad kuning kedua.

Kemenangan ini membolehkan mereka menduduki tangga ke-13 Southern League Premier Division Central dengan enam mata selepas empat perlawanan.

Selepas ini, Kobe dan Alvechurch akan memberi fokus kepada lawan mereka seterusnya, Needham Market pada 26 Ogos.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram