Dunia
Advertisements

Baru- baru ini tular di media sosial apabila tersebarnya tangkap layar mengenai sebuah syarikat yang dikatakan bakal memiliki Darul Aman FC. Menerusi tangkap layar yang menampilkan bukti pendaftaran syarikat itu di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), memaparkan bahawa syarikat tersebut baru sahaja didaftarkan pada 24 September 2020 menggunakan nama Darul Aman Football Club SDN BHD.

Syarikat yang baru berusia hampir sebulan ini mempunyai tiga orang pemilik dan salah seorang pemiliknya merupakan calon parti PAS bagi Adun Kota Darul Aman iaitu Haji Zulkifli Che Haron yang juga menjawat jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA).

Pesawat MAS MALAYSIA 35 Pemilik Darul Aman FC Masih Orang Politik?

Menurut info, tiada sebarang penafian dilakukan oleh pihak syarikat berkaitan perkara ini, namun satu laporan polis telah dibuat oleh Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) berikutan tularnya pendaftaran SSM syarikat terbabit merujuk kepada pendedahan maklumat peribadi tanpa kebenaran.

Advertisements
Tangkap layar SSM syarikat
Tangkap layar SSM syarikat
Tangkap layar SSM syarikat

Sebelum ini Persatuan Bola Sepak Kedah juga telah menolak hasrat Menteri Besar Kedah, YAB Muhammad Sanusi untuk meletak jawatan sebagai presiden KFA.

Baca selanjutnya di sini :

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram