Pasukan Liga Super 2023, Terengganu FC difahamkan bakal memiliki sentuhan pemain baharu yang bakal menyarung jersi nombor 7 pasukan bagi musim baharu.
Menerusi satu pengumuman oleh Terengganu FC, penyerang berbisa Croatia, Ivan Mamut tidak lagi menyarung jersi nombor tersebut selepas diberikan nombor baharu bagi musim 2024/25.
Hal ini susulan pemergian penyerang kelahiran Thailand, Adidak Kraisorn yang berpindah ke Bangkok United.
Beberapa nama muka dikaitkan untuk berhijrah ke kelab Pantai Timur itu dengan perancang tengah berpengalaman, Akram Mahinan menjadi rekrut pertama.
Beberapa desas-desus mula bertiup kencang apabila duo sensasi JDT, Akhyar Rashid dan Safawi Rasid dikaitkan dengan perpindahan ke Terengganu.
Sekiranya perpindahan ini terjadi, terdapat kemungkinan bahawa salah seorang daripada pemain ini bakal menyarungi jersi bernombor 7.
Sang Peteh masih belum mengumumkan barisan import bagi musim baharu tatkala pasukan lain sudah pun mengumumkan pemain baharu.
Pada musim lalu, Terengganu berjaya menamatkan saingan di tangga ke-6 selain hanya mengakhiri saingan di Piala AFC 2023 pada peringkat kumpulan.