Gol bintang Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Hanapi menimbulkan rasa kurang peminat Chelsea terhadap salah seorang pemain The Blues.
Aksi persahabatan antarabangsa antara Chelsea vs JDT menyaksikan kedua-dua kelab terpaksa akur terikat seri 3-3 dengan Arif Aiman muncul sebagai salah seorang penjaring gol buat pasukan Harimau Selatan pada babak yang pertama.
Jaringan bintang berusia 24 tahun itu hadir menerusi gerakan serangan balas yang dilancarkan oleh JDT seawal minit ke-14 dengan lorongan cantik oleh Marcos Guilherme disambar pantas Arif Aiman untuk merobek gawang The Blues.
Hasil jaringan tersebut menimbulkan rasa geram dan kurang puas hati para peminat Chelsea terhadap pemain pertahanan, Tosin Adarabioyo yang agak mudah terleka sehingga membenarkan JDT menyerang dan gol Arif Aiman terhasil.