Peminat Risau Lihat Wajah Suram Pearly-Thinaah Ketika Beraksi
UltraSukan
Raphael Sachetat/Badminton Photo
Advertisements

Ramai peminat badminton negara merasa risau bila melihat Pearly Tan-M. Thinaah beraksi dalam pusingan pertama acara regu wanita China Masters 2023 semalam.

Turun menentang pilihan kelapan kejohanan dari Korea Selatan, Jeong Na-eun dan Kim Hye-jeong, pasangan negara itu tewas menerusi keputusan 21-11,15-21, 22-20.

Namun begitu, apa yang menarik perhatian ramai pengguna media sosial ialah wajah suram Pearly dan Thinaah di atas gelanggang.

Advertisements

Kedua-duanya kelihatan tidak ceria dengan suara mereka jarang kedengaran bila membalas pukulan.

Video perilaku dingin Pearly dan Thinaah ini dimuatnaik oleh pengguna TikTok, nazumakizulhalmi semalam.

Beberapa pengguna TikTok yang menulis komen di situ percaya wujud konflik antara kedua-duanya sebelum perlawanan semalam.

Advertisements

Antara yang berpandangan sedemikian ialah pengguna TikTok bernama Aydaaaaaaa. “Thinaah main makin bagus..tapi Pearly asyik injured (cedera) pulak..and now (dan sekarang) gaduh pulak…Dah la yang ni je harapan WD (regu wanita) Malaysia,” katanya.

Sementara seorang lagi pengguna bernama Mei berkata, “Biasalah tu dalam berkawan memang ada gaduh lepas tu berbaik lagi. Lepas berbaik makin serasilah kesefahaman diorang dalam gelanggang.”

Hal ini perlu diberi perhatian oleh Pengarah Kejurulatihan BAM, Rexy Mainaky. Ini kerana jika perkara ini dibiarkan berterusan, ia boleh saja menggugat usaha mereka layak ke Sukan Olimpik tahun hadapan.

Advertisements

Video penuh: Wajah Suram Pearly-Thinaah

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram