Sepakan penalti yang diambil oleh pemain sayap Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Hanapi melambung tinggi.
Skuad Harimau Selatan melayan kunjungan Penang di Stadium Sultan Ibrahim dan berjaya membuka akaun jaringan menerusi Oscar Arribas.
Usaha itu diteruskan dengan konsisten menerusi hantaran-hantaran yang memecahkan blok pertahanan lawan.
Jaringan kedua berjaya disempurnakan oleh penyerang baharu JDT, Jorge Obregon dalam kotak penalti menewaskan Sikh Izhan.
Tolakan yang dilakukan oleh kapten Penang, Rafael Vitor dalam kotak penalti memberikan sepakan penalti kepada tuan rumah.
Hasil semakan Video Bantuan Pengadil (VAR) menyaksikan berlakunya sentuhan dan pengadil perlawanan, Razlan Jofri Ali memberikan sepakan penalti.
Peluang terbuka itu tidak berjaya disempurnakan oleh pemain sayap berbakat, Arif Aiman Hanapi.
Sepakan ke kiri gawang Sikh Izhan melambung ke atas palang gol namun masih memberikan kelebihan dua jaringan ke atas The Phanters.