Advertising
Penalti Kembali Suntik Keyakinan Nelson Bonilla
MakanBola
Terengganu FC

Penyerang Terengganu FC, Nelson Bonilla mengakui merasa lega kerana dapat menyempurnakan penalti semasa menentang Negeri Sembilan FC.

Aksi terbaru Liga Super itu menyaksikan Terengganu bertandang ke Paroi pada 9 Februari lalu untuk memburu kemenangan ketujuh dalam liga.

Ad

Meskipun keletihan selepas mengharungi aksi sengit Shopee Cup menentang BG Pathum United, Peteh meraih kemenangan 2-0. Selain Bonilla, Nurillo Tukhtasinov turut mencetak nama sebagai penjaring.

Ad

Penyerang El Salvador itu melihat penalti itu menyuntik kembali keyakinan dalam dirinya. Ini selepas Bonilla tidak dapat menjaringkan gol dalam beberapa aksi sebelumnya.

“(Penalti) ini amat penting untuk keyakinan saya sebab saya agak kecewa dalam beberapa perlawanan sebelum ini,” katanya kepada wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi.

Ad

“Saya bermain dengan baik. Tetapi sebagai penyerang, tidak kira anda bermain dengan baik atau tidak, anda perlu menjaringkan gol.

Ad

“Jadi, saya harap dalam perlawanan seterusnya (aksi menentang KL City FC), jaringan akan menyusul.”

Ad

Bonilla kini sudah menjaringkan tiga gol dalam 14 perlawanan sejak menyertai Peteh dalam tetingkap perpindahan kedua Liga Malaysia (Liga M).

Bisa bekas penyerang Sukhotai FC itu bakal ditagih Terengganu untuk aksi menentang KL City di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) pada 14 Februari ini.