Penang Bakal Dapatkan Khidmat Danial Amier
Liga Super
Instagram: danialamier21
Advertisements

Bintang muda suatu ketika dahulu, Daniel Amier kini difahamkan bakal meninggalkan pasukan gergasi Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) musim depan. 

Menurut laporan daripada wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, beliau menyatakan bahawa bekas pemain Felda United itu bakal berhijrah ke Utara bersama pasukan Penang FC.

Kini, pemain berusia 26 tahun itu dalam fasa terakhir bagi melengkapkan perpindahan ke pasukan Harimau Kumbang bagi musim baharu nanti.

Advertisements

“Daniel Amier bakal ke pasukan lain musim depan, difahamkan dalam proses akhir untuk melengkapkan perpindahan ke Penang musim depan. Haria Penang Haria, “ kata wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam di laman Twitter miliknya hari ini.

Daniel Amier atau lebih dikenali sebagai ‘Boy’ menyertai skuad utama JDT pada tahun 2020 dan diturunkan ke skuad simpanan (JDT II) pada tahun 2022 sehingga kini menurut Transfermrkt.

Untuk rekod, pemain berusia 26 tahun itu membuat 7 penampilan bersama JDT bagi saingan Piala Malaysia, Liga Super dan AFC Champions League.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram