Advertising
Penang Dilaporkan Tawar Kontrak Lanjutan Kepada Wenzel-Halls
MakanBola
Penang FC

Penang FC dilaporkan sudah mula membuat perancangan untuk menghadapi musim 2025/26.

Salah satu usaha mereka ialah mengekalkan tonggak import Australia, Dylan Wenzel-Halls. Pengurusan Sang Harimau Kumbang dilaporkan mahu bekas pemain Central Coast Mariners (CCM) itu kekal selama semusim lagi.

Ad

Khabar angin ini dikongsikan wartawan sukan The Star, T. Avineshwaran. Penang dilaporkan berbuat demikian selepas Wenzel-Halls menyumbat lima gol dan mencipta empat bantuan gol buat pasukan itu dalam liga.

Ad

“Dylan Wenzel-Halls dilaporkan telah mendapat tawaran lanjutan kontrak selama setahun dengan Penang,” katanya di X.

“Dalam 11 perlawanan Liga Super, pemain sayap Australia itu yang boleh beraksi sebagai penyerang telah menjaringkan lima gol dan mencipta empat bantuan gol.

Ad

“Salah satu daripada pembelian terbaik dalam tetingkap kedua (perpindahan Liga Malaysia (Liga M) musim ini.”

Ad

Seandainya tawaran itu diterima Wenzel-Halls, ini bakal memudahkan perancangan jurulatih Penang, Wan Rohaimi Wan Ismail membentuk pasukan untuk musim 2025/26.

Ad

Selain CCM, pemenang Piala AFC 2023/24 itu juga pernah beraksi untuk Brisbane Roar dan Western Sydney Wanderers.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments