Penang Intai Tonggak Dua Kelab Lembah Klang
Transfer
Selangor/T. Avineshwaran
Advertisements

Penang FC terus membuat persiapan rapi bagi menghadapi saingan Liga Super 2024/2025 tidak lama lagi.

Terbaharu, kelab utara tanah air itu dilaporkan berminat untuk menandatangani dua pemain dari dua kelab lembah Klang.

Menerusi ciapan wartawan terkenal, T. Avineshwaran, Penang amat teruja untuk mendapatkan khidmat Khuzaimi Piee dari Selangor dan Nabil Ahmad Latpi dari PDRM.

Advertisements

“Difahamkan, skuad Harimau Kumbang berminat untuk merekrut pemain pertahanan, Ahmad Khuzaimi dan pemain sayap, Nabil Ahmad Latpi”, tulis beliau di laman X.

“Jimmy kini dalam tugasan Piala Asia dan bertugas di Selangor, manakala Nabil adalah salah seorang yang menonjol untuk Polis tahun lepas”, tambah beliau lagi.

Khuzaimi yang kurang minit permainan bersama Selangor musim lepas akibat faktor kecederaan dan persaingan kini sedang bersama skuad kebangsaan di Qatar bagi menghadapi kempen Piala Asia.

Advertisements

Manakala, Nabil antara pemain PDRM yang bersinar musim ini dengan 7 jaringan dan 1 bantuan jaringan selain membantu The Cops menjulang MFL Challenge Cup.

Sekiranya perpindahan ini berjaya, Penang bakal memiliki dua tonggak berpengalaman bagi mengharungi musim hadapan setelah menamatkan liga di tangga ke-10 liga musim lalu.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram