Ads
Penang Kecam Tindakan Penyokong ‘Buli’ Pemain Muda
Liga Super
Penang FC

Pengurusan Penang FC mengecam tindakan segelintir penyokong yang membuli pemain-pemain muda yang mewakili pasukan itu.

Advertisements

Langkah ini diambil selepas sesetengah penyokong bertindak mengutuk barisan pemain Penang yang beraksi dalam saingan Piala Presiden dan Piala Belia 2024.

Advertisements

Kutukan sentiasa timbul terutama apabila pasukan muda Harimau Kumbang merekodkan keputusan seri atau kalah dalam sesebuah perlawanan.

Advertisements
Advertisements

Perkara ini terserlah terutama apabila Penang tewas kepada MISC-Touchtronics dalam aksi terakhir peringkat kumpulan Piala Belia 2024 pada 17 Ogos lalu.

Pengarah Teknikal Penang, Merzagua Abderrazak menggesa trend tidak sihat ini segera dihentikan. Ini kerana kecaman sebegini bukan saja menjejaskan keyakinan pemain yang beraksi di atas padang.

Advertisements

Malah, beliau bimbang kecaman tersebut bakal menyebabkan pemain-pemain muda mempersoalkan sama ada minat mereka kepada sukan bola sepak berbaloi atau tidak.

“Walau bagaimanapun, tingkah laku negatif dan menyakitkan hati dari segelintir penyokong bukan sahaja mengecewakan tetapi juga kontraproduktif. Tindakan seperti ini merosakkan keyakinan pemain dan boleh membuat mereka mempersoalkan cinta mereka terhadap sukan bolasepak.

“Adalah penting untuk memberi maklum balas yang membina dan bukannya kritikan melampau. Dorongan positif dari penyokong adalah penting untuk membantu mereka berkembang dan berjaya.

“Kata-kata negatif dan membuli hanya mencipta suasana toksik yang memberi kesan kepada prestasi dan kesejahteraan mereka,” katanya dalam satu kenyataan.

Justeru, beliau menyeru para penyokong untuk memikirkan setiap tindakan dan kata-kata mereka. Ini bagi memastikan para pemain mendapat sokongan positif untuk lebih cemerlang di atas padang.

“Kami menggesa semua orang untuk memikirkan kesan kata-kata dan tindakan mereka. Marilah kita bersatu untuk mewujudkan suasana sokongan positif bagi pemain muda ini, memastikan mereka dapat berkembang dan mencapai potensi penuh mereka.

“Dengan bekerjasama semua, kita boleh membantu mereka membina minat yang berkekalan terhadap sukan bolasepak ini,” tambahnya.

Advertisements

Pasukan Piala Presiden dan Piala Belia Penang masing-masing menamatkan kempen 2024 di tempat kelima dan keenam di peringkat kumpulan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram