Penang difahamkan bakal merehatkan ketua jurulatih, Akmal Rizal Ahmad Rakhli serta-merta.
Akmal Rizal menjawat jawatan selaku pengendali Penang bermula Januari 2024 yang lalu dan telah membawa skuad skuad Harimau Kumbang mengharungi 14 perlawanan musim ini.
Hasil hantaran terkini oleh wartawan Astro Arena, Fadhirul Suhaimi memberi bayangan Akmal Rizal bakal direhatkan serta-merta daripada tugas beliau sebagai jurulatih Penang.
“Difahamkan Akmal Rizal Ahmad Rakhli telah ‘direhatkan’ daripada tugas Ketua Jurulatih skuad Liga Super Penang,” tulis Fadhirul di laman X.
Tambah Fadhirul, Akmal berkemungkinan menggalas tugas di barisan kejurulatihan skuad muda Penang bermula Penang dan peranan jurulatih bakal dipegang Merzagua Abderrazak.
“Akmal Rizal akan kembali menyertai barisan kejurulatihan B23 Harimau Kumbang pada Disember.”
“Tugas Akmal digalas oleh Pengarah Teknikal, Merzagua Abderrazak buat seketika.”
Walau bagaimanapun tiada pengesahan rasmi dari pihak Penang setakat ini dan para peminat masih menanti status Akmal Rizal di tampuk kejurulatihan pasukan.
Penang kini menduduki tangga ke-11 Liga Super dengan 11 mata secara keseluruhan dan bakal berdepan Sabah pada 25 Oktober di Stadium Bandaraya.