Bekas pemain sayap Chungbuk Cheongju, R. Kogileswaran sudah mendapat kelab baru dengan menyertai Penang FC.
Berita perpindahan ini dikongsikan oleh wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam. Pemain sayap berusia 24 tahun itu memeterai kontrak selama enam bulan dengan Harimau Kumbang.
Kehadiran bekas pemain sayap Harimau Muda itu dijangka menambah pilihan di bahagian sayap buat jurulatih Harimau Kumbang, Manzoor Azwira Abdul Wahid.
Kogileswaran akan mengambil jersi nombor sembilan yang sebelum ini digunakan oleh pemain import Brazil, Giovane Gomes.
Gomes bagaimanapun telah meninggalkan Penang FC menerusi penamatan kontrak secara persetujuan bersama baru-baru ini.