Penang Sambar Muhaimin Izuddin?
Transfer
TRW Kelantan FC
Advertisements

Selepas memilih meninggalkan pasukan Kelantan FC baru-baru ini, Muhaimin Izuddin Asri dilaporkan bakal beraksi untuk Penang FC pada musim hadapan.

Menerusi satu kenyataan yang dibuat wartawan MakanBola, Faris Zukeiman, beliau telah menyatakan persetujuan secara lisan untuk menyertai skuad Harimau Kumbang.

Antara sebab Muhaimin berminat menyertai Penang ialah keinginan bekerjasama dengan ketua jurulatih Akmal Rizal Ahmad Rakhli.

Advertisements

Namun begitu, Muhaimin masih menimbang beberapa tawaran dari pasukan lain sebelum memuktamadkan persetujuan tersebut.

Pemain sayap berusia 21 tahun itu merekodkan 17 penampilan bersama The Red Warriors dalam semua kejohanan Liga Malaysia (Liga M) musim ini.

Advertisements

Walaupun tidak mencetak sebarang gol dalam Liga M, Muhaimin mencipta satu bantuan gol dalam kempen Piala Malaysia.

Selain beraksi di bahagian sayap, Muhaimin juga mampu beraksi sebagai penyerang sokongan atau pemain tengah menyerang.

Advertisements

Keupayaannya beraksi di pelbagai posisi berpotensi menjadikan Izuddin sebagai aset Penang pada musim hadapan sekiranya perpindahan ini disahkan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram