Advertisement
Penang Teliti Pilih Penyerang Import Baru
Liga Super
MakanBola
Penang FC

Penang FC kini dalam proses mendapatkan penyerang import baru bagi menggantikan Giovane Gomes yang meninggalkan Harimau Kumbang secara persetujuan bersama baru-baru ini.

Ini merupakan sebahagian daripada usaha memperkuatkan pasukan selepas Haria Penang Haria berjaya mendapatkan bekas pemain sayap Chungbuk Cheongju, R. Kogileswaran dan Al-Hafiz Harun dari Kedah.

Begitupun, penolong jurulatih Penang FC, Manzoor Azwira Abdul Wahid melihat kelab perlu berhati-hati memilih pengganti Gomes kerana ini boleh saja memberi kesan kepada pasukan.

Justeru, dengan mengambil kira faktor kewangan, beliau mahu membuat pertimbangan yang baik agar penyerang yang dipilih mampu memperkuatkan skuad Harimau Kumbang.

“Sebenarnya kita dalam proses mencari pengganti Gomeslah. Tapi bukan sesuatu yang mudah kerana setiap keputusan kita buat akan beri kesan kepada pasukan.

“Sekiranya sebagai contoh, ada sesetengah pasukan berjaya mendapat pemain pada awal musim perpindahan ini. Tapi ada pemain yang digunakan tetapi bukan 90 minit. Sebagai contoh, Selangor, dia digunakan pada separuh masa kedua.

“Dan ada juga sesetengah pasukan (mempunyai pemain) tetapi pemain itu mengalami kecederaan yang agak serius. Jadi, saya kena ambil pertimbangan yang baik untuk pasukan.

“Kerana kita pun bukan pasukan yang besar untuk beli pemain secara mudah. Jadi kita kena buat kerja yang teliti agar kita dapat pemain yang baik dan membantu pasukan,” katanya kepada wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam untuk Nadi Arena hari ini.

Sepanjang bersama skuad Harimau Kumbang, Gomes merekodkan empat gol dalam semua kejohanan.