Penang Ukur Baju Di Badan Sendiri
Liga Super
Penang FC
Advertisements

Tatkala sesetengah pasukan Liga Super berbelanja besar, Penang FC pula memilih pendekatan berbeza.

Pasukan utara tanah air itu memilih berbelanja secara berhemah terutama dari segi pemilihan pemain import.

Tidak seperti sesetengah pasukan, Penang tidak memiliki kekuatan kewangan untuk mendapatkan ramai pemain import.

Advertisements

Atas sebab itu, jurulatih Penang, Akmal Rizal Ahmad Rakhli mengakui pasukan itu berhati-hati dalam memilih calon pemain import baru.

Ketika ini, pasukan yang diberi jolokan Harimau Kumbang itu sibuk memilih calon pemain import di bahagian tengah.

“Kemasukan pemain-pemain import ini bertujuan menjadi tunjang pasukan. Di barisan pertahanan, penyerang dan saya memerlukan seorang pemain tengah sebagai perancang untuk menggerakkan serangan pasukan dalam musim ini.

Advertisements

“Itulah keperluan yang saya mahukan kerana tidak seperti pasukan-pasukan lain yang saya lihat yang mendapatkan lima, enam (dan) tujuh pemain import. Kita perlu ukur baju di badan sendiri,” katanya kepada Nadi Arena semalam.

Penang memilih mengekalkan kapten dan tonggak pertahanan, Rafael Vitor serta membawa masuk penyerang Brazil, Rodrigo Dias untuk kempen musim 2024-2025.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram