“Penat Itu Biasa” – Haziq Nadzli
Liga Super
Perak FC
Advertisements

Penjaga gol baharu Perak FC, Haziq Nadzli mengucapkan syukur selepas melalui sesi latihan pertama pra-musim bersama pasukan itu. Bagi Haziq, rasa penat dalam sesi latihan adalah satu perkara yang biasa.

Untuk latihan pra-musim, kebiasaannya intensiti latihan yang tinggi akan diterapkan kepada para pemain kerana sudah beberapa bulan berehat dan meninggalkan bola sepak secara kompetitif.

Itu yang terjadi kepada Haziq dan rakan-rakan sepasukannya di Perak. Haziq berpendapat bahawa sesi latihan pertama bersama Perak dibawah kendalian Yusri Che Lah berjalan dengan lancar dan baik.

Advertisements

“Setakat ini, alhamdulillah (latihan) berjalan seperti biasa dan baik. Mungkin penat sedikit itu biasa. tapi nak atau tak nak, (itu) biasa, normal untuk pra-musim.

“Nak tak nak (kita) kena teruskan dan push supaya nanti badan dah stabil sedikit, nanti tiada masalah,” luah Haziq seperti dipetik di Youtube TBG TV.

Penjaga gol berusia 26 tahun itu dibawa masuk ke Perak secara pinjaman dari kelab Johor Darul Ta’zim (JDT). Persaingan sengit dijangka akan berlaku di posisi penjaga gol Perak musim ini yang turut dibarisi Ramadhan Abd Hamid dan penjaga gol berbakat besar, Firdaus Irman.

Advertisements

Musim ini, Perak juga dilihat mengekalkan beberapa import musim lalu seperti kapten pasukan, Luciano Guaycochea, pemain tengah, Sunday Afolabi dan pertahanan Filipina kelahiran Sweden, Jesper Nyholm.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram