Advertising
Pencari Bakat Belgium Samakan Arif Aiman dengan Bintang Muda Villarreal
MakanBola
Johor Southern Tigers

Kemenjadian prestasi bintang Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Hanapi telah membuka mata banyak pihak terutamanya pencari bakat.

Salah seorang pencari bakat dari Belgium, Jacek Kulig baru-baru ini telah menyenaraikan nama Arif Aiman sebagai salah seorang bakat yang menjadi tumpuan.

Jacek Kulig turut mengesan kekuatan yang pada Arif yang mana merangkumi beberapa aspek seperti kekuatan larian, pecutan, kawalan bola dan juga tahap kreativiti.

Ad

Corak permainan Arif turut disamakan dengan corak permainan yang ditampilkan oleh bintang muda Villareal yang pernah menyarung jersi pasukan kebangsaan Sepanyol, Yeremi Pino.

Ad

Jacek Kulig telah memberikan penilaian sebanyak 6.5 daripada 10 keseluruhan. Perkongsian Jacek Kulig tersebut telah tular di media sosial X.

Ad
Ad

Untuk musim 2023, Arif Aiman telah beraksi dalam 39 perlawanan dalam kesemua pertandingan melibatkan JDT termasuk Liga Juara-Juara AFC.

Ad

Beliau cukup cemerlang dengan berjaya meledak 24 gol selain turut menyumbang 16 bantuan gol keseluruhan.

Nama Arif Aiman kini menjadi tumpuan selepas mempamerkan aksi berkualiti bersama JDT dan skuad kebangsaan Malaysia. Antara yang menyedari akan kehebatan pemain muda ini adalah Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).

FIFA dan AFC telah menyenaraikan nama Arif Aiman sebagai salah satu bintang tumpuan bagi kempen Piala Asia 2023 Qatarb bulan hadapan.