Pertembungan antara dua pasukan gergasi Liga Australia, Adelaide United menentang Sydney FC mencuri tumpuan susulan layangan kad merah kontroversi oleh pengadil perlawanan.
Perlawanan yang berlangsung di Stadium Netsrata Jubilee ini berlangsung dengan cukup baik sebelum pengadil perlawanan, Daniel Elder membuat keputusan yang cukup mengejutkan.
Adelaide United yang turun selaku pasukan pelawat bermula baik apabila berjaya membuka tirai jaringan menerusi Ryan Kitto pada minit ke-13.
Namun begitu, perjalanancerita pasukan berubah apabila penyerang berbisa pasukan, Hiroshi Ibusuki dilayangkan kad merah.
Tindakan pengadil kelahiran Australia ini menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan pasukan terutamanya para penyokong selepas terpaksa mengharungi sebahagian besar perlawanan dengan 10 pemain.
Hiroshi dikesan cuba untuk merampas bola yang jauh dari kawalannya sebelum sempat menguis ke arah bertentangan sebelum kakinya menyentuh lawan yang turut merebut bola.
Keputusan pengadil ini mengundang rasa tidak puas hati apabila melayangkan kad merah secara terus sungguhpun kesalahan tersebut jelas minimal.
Perlawanan tamat dengan kedua-dua pasukan terikat dengan keputusan 2-2 untuk membawa Sydney naik ke tangga ke-5 A-League selepas aksi ketiga musim ini.