Aksi Pengadil Seolah-olah Beliau Sedang Mamai
Hiburan
Advertisements

Dalam satu perlawanan Liga Perdana melibatkan Perak II dan TRW Kelantan terdapat satu babak di mana pengadil masuk ke dalam kotak penalti seperti sedang hayal.

Kelihatan pengadil terbabit seolah-olah terlupa siapa dirinya seperti sedang bermain petang-petang di taman rumahnya ataupun mungkin beliau fikir beliau adalah penyerang pasukan Kelantan.

Dalam satu muat naik di Facebook pemilik pasukan Kelantan, ZAMSAHAM, video berdurasi 30 saat terbabit berjaya mencuit hati penyokong.

Advertisements

Dalam situasi tersebut pengadil tersebut masuk ke dalam kotak penalti dan akhirnya ditolak oleh penyerang import Kelantan, XXX yang kelihatan berang dan marah dengan posisi pengadil yang salah.

Pengadil tersebut lantas kelihatan mamai dan gugup dan hanya memberhentikan permainan kerana sedar kesalahan dirinya yang terlalai masuk ke kotak penalti.

“Pengadil tu lupo yg dio ni pengadil. Mungkin dio ingat dio pemain penyerang Klate Hok Sohor masa kini. Tu duk gelewat depan pintu gol”, jelas Addy Wadie.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram