Pengarah Teknikal PSSI Sambut Baik Jordi Amat Sertai JDT
Dunia
Bola.com / M Iqbal Ichsan
Advertisements

Pengarah Teknikal Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI), Indra Sjafri mengulas mengenai perpindahan Jordi Amat ke kelab Johor Darul Ta’zim (JDT).

Berbeza pendapat dengan sebahagian netizen Indonesia, beliau sambut baik keputusan Jordi Amat dan percaya prestasi pemain tersebut tidak akan turun hanya kerana beraksi di Malaysia.

“Apabila anda mahu memulakan proses naturalisasi, pertimbangannya ialah dia bermain pada tahap persaingan yang lebih baik,” kata Indra Sjafri.

Advertisements

“Walaupun Jordi Amat bermain di Malaysia, itu tidak bermakna dia merendahkan kualitinya,” kata bekas jurulatih pasukan kebangsaan B-22 dan B-19 itu.

Indra Sjafri turut memahami kekecewaan segelintir netizen (Indonesia) yang tidak bersetuju dengan keputusan Jordi Amat meninggalkan Eropah untuk bermain di Malaysia.

“Saya faham apa yang diperkatakan oleh masyarakat lebih-lebih lagi ini bermain untuk JDT di Malaysia dan ini boleh memberi kesan psikologi,” jelas Indra Sjafri.

Advertisements

“Sekarang ada pro, ada kontra. Apakah pendirian rasmi PSSI, mungkin dalam beberapa hari akan datang ia akan disampaikan,” jelasnya dipetik dari hantaran Bola.com.

Jordi Amat sebelum ini diumumkan secara rasmi sebagai pemain import terbaru JDT menghadapi baki saingan Liga-M dan pusingan kalah mati Liga Juara-juara AFC.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram