Pengganti Herlison Caion Sudah Ditemui
Liga Super
Bhayangkara FC
Advertisements

Susulan keputusan Herlison Caion meninggalkan KL City FC secara persetujuan bersama, ramai ingin tahu siapa yang bakal dibawa sebagai pengganti bekas penyerang Selangor FC itu. Bagi wartawan Astro Arena, Karl Nunis, pengganti Caion sudah dikenalpasti oleh City Boys.

Pemain yang dicanang bakal menggantikan penyerang Brazil itu ialah penyerang berdarah Maghribi-Sepanyol, Youssef Ezzejjari. Ezzejiari dikatakan sebahagian daripada dua awang import baru yang dimahukan jurulatih KL City FC, Bojan Hodak bagi memperkuat pasukan.

Sebelum ini, City Boys berusaha membawa bekas penyerang Persik Kediri itu pada awal musim tetapi gagal. Tetapi untuk tetingkap perpindahan kedua pada 5 Julai ini, Ezzejiari dijangka akan memperkuat jentera serangan KL City FC.

Advertisements

“Kalau kita lihat kronologi, ketetapan pengurusan KL City (FC) dan juga Bojan Hodak, sememangnya dari saingan awal musim lagi mahu dua pemain import tambahan dalam KL City (FC) ini.

“Ditambah pula dengan pemergian Herlison Caion ke Hanoi FC dalam saingan Liga Vietnam, sudah pasti Bojan tidak akan membiarkan pihak pengurusan membiarkan Herlison Caion pergi tanpa pengganti.

“Saya cuba untuk mendapatkan pemain yang difahamkan berada di Kuala Lumpur, di ibu kota untuk intipati yang lebih menyeluruh dari bumi Bangkok. Pemain seperti Youssef Ezzejiari, dua musim lepas pemain ini beraksi di Liga Indonesia.

Advertisements

“Dan musim lalu beraksi di Thai League 1 bersama Khon Kaen United, bekas pasukan Liridon Krasniqi saya fikir.

“Pemain ini hampir memeterai perjanjian bersama KL City (FC) tetapi saya difahamkan ia tidak dapat diselesaikan dalam masa terdekat. Namun, menuju tetingkap perpindahan pada 5 Julai ini, akan lebih banyak masa untuk mencari solusi.

“Saya fikir Bojan Hodak merupakan individu yang sangat lantang dan pihak pengurusan harus merealisasikan impiannya (iaitu) penyerang baru menuju final Piala FA, baki saingan Liga Super dan saingan Piala Malaysia hujung musim nanti,” katanya kepada Lily Hamzah dan Dayang Zainatul untuk Nadi Arena beberapa hari lepas.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram