Pengurusan Perak Kesal Dengan Tindakan Lim Teong Kim Kepada Media
Liga Super
Astro Arena
Advertisements

Beberapa hari lepas, tular di media sosial tindakan jurulatih Perak, Datuk Lim Teong Kim bersikap acuh tidak acuh kepada media susulan kekalahan besar 5-0 pasukan itu kepada Johor Darul Ta’zim (JDT). Dan hari ini, pengurusan Seladang melahirkan rasa kesal dengan tindakannya itu kepada media.

Pengerusi kelab, Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi mendedahkan kelab mengambil pengajaran daripada apa yang berlaku dan memastikan insiden berkenaan tidak berulang pada masa akan datang.

Ini kerana insiden tersebut mencalarkan imej Perak di luar padang. Susulan itu, beliau memohon maaf kepada semua petugas media yang terlibat termasuk Persatuan Penulis Sukan Malaysia (SAM).

Advertisements

“Saya mewakili semua pihak yang terlibat dengan Perak FC ingin memohon maaf kepada rakan-rakan media termasuk Persatuan Penulis Sukan Malaysia (SAM) untuk kejadian yang tidak diingini melibatkan Ketua Jurulatih Kami (Datuk Lim Teong Kim) selepas perlawanan Perak FC menentang Johor Darul Ta’zim tempoh hari.

“Kami amat kecewa dengan tindakan yang dilakukan dan mengambil iktibar terhadap insiden yang telah mengundang pelbagai reaksi di media sosial ini.

Advertisements

“Kami ingin memberi jaminan kepada semua pengamal media bahawa Kelab Bola Sepak Perak amat menyokong peranan yang dilakukan rakan media dan memahami kekecewaan yang dialami dengan kejadian yang telah berlaku,” katanya dalam satu kenyataan yang disiarkan di laman media sosial Perak hari ini.

Beliau juga turut mendedahkan satu siasatan dalaman sedang dijalankan dengan keputusan siasatan bakal menentukan bentuk tindakan tatatertib yang bakal diambil terhadap Teong Kim.

Advertisements

“Pihak pengurusan Perak FC ingin menegaskan bahawa siasatan dalaman terhadap kejadian yang telah tular ini mengikut dasar serta polisi kelab dan jika perlu, tindakan tatatertib akan diambil dalam masa terdekat.

“Kami mengambil perhatian bahawa semasa perlawanan berintensiti tinggi, emosi pastinya memuncak dan kami berharap ini adalah insiden terpencil, tidak akan berulang lagi di masa hadapan. Dalam pada masa sama, kami memohon kepada rakan-rakan media untuk terus membuat liputan membabitkan Perak FC seperti yang telah dilakukan selama ini,” tambahnya.

Advertisements

Dengan kekalahan terbaru di tangan JDT, Perak kini menduduki tangga ke-10 dengan lima mata selepas tujuh perlawanan. Dan walaupun pengurusan Seladang menegaskan kedudukan Tiong Kim masih selamat, ini boleh saja berubah jika digabungkan dengan hasil siasatan dalaman yang dijalankan kelab terhadapnya.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram