Pengurusan Profesional Stadium JDT Terus Dapat Pengiktirafan Antarabangsa
Liga Super
Johor Southern Tigers
Advertisements

Sejak digunakan secara rasmi sebagai stadium Johor Darul Ta’zim (JDT) pada 2020, pengurusan Stadium Sultan Ibrahim (SSI) terus mendapat pengiktirafan. Terbaru, SSI telah menerima jemputan sebagai ahli Persatuan Pengurusan Venue (Asia dan Pasifik) (VMA).

VMA ialah sebuah organisasi mewakili industri venue profesional dari Australia, New Zealand dan benua Asia. Terdapat 900 ahli persatuan tersebut di mana ia mewakili 300 venue utama dari pelbagai sektor membabitkan sukan dan bukan sukan.

Menariknya, SSI merupakan ahli pertama VMA dari Malaysia. SSI dipilih kerana VMA amat tertarik dengan profesionalisme pihak pengurusan dari segi menjaga kemudahan stadium dan reputasi yang dimiliki SSI itu sendiri.

Advertisements

Sehubungan dengan itu, VMA menjemput SSI menjadi sebahagian daripada delegasi yang menghadiri Kongres Industri Venue Asia-Pasifik Ke-30. Kongres tersebut bakal diadakan di Melbourne, Australia dari 21 hingga 23 Mei ini.

Ini bukan kali pertama SSI mendapat pengiktirafan antarabangsa sejak dirasmikan pada 2020. Pada tahun yang sama, SSI turut dipilih sebagai ‘World Stadium of the Year’ hasil undian yang dijalankan laman sesawang Poland, StadiumDB.com.

Advertisements

SSI menewaskan 19 calon lain termasuk Brentford Community Stadium milik kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Brentford dan bekas venue Piala Dunia 2022, Education City Stadium (Qatar).

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram