Asia
Johor Southern Tigers
Advertisements

Disebalik kemenangan bergaya 2-0 Johor Darul Ta’zim (JDT) ke atas Guangzhou FC, para peminat bola sepak terkejut dengan aksi kurang meyakinkan pemain pertahanan JDT, Adam Nor Azlin.

Adam dimasukkan sebagai pemain gantian pada minit ke-84 permainan untuk menggantikan Syahmi Safari dan beliau beraksi 12 minit dalam perlawanan tersebut selepas permainan ditamatkan selepas 6 minit masa tambahan.

Melalui penilaian dari Sofascore, Adam dinilai sebagai pemain yang mempunyai penilaian paling rendah dalam kalangan pemain JDT yang beraksi malam itu.

Advertisements

Daripada 10 markah penilaian, beliau dinilai hanya 6.3 sahaja. Dalam 12 minit permainan Adam pada perlawanan tersebut, beliau telah dua kali kehilangan kawalan bola. Selain itu, beliau melakukan satu kekasaran dan hanya berjaya memenangi bola bawah sebanyak dua kali dalam lima kali cubaan.

Adam Nor Azlin rating Penilaian Terhadap Adam Nor Azlin Yang Mengundang Kejutan Ramai Pihak
Penilaian Sofascore terhadap Adam Nor Azlin

Untuk rekod, ini merupakan kali pertama Adam turun beraksi bersama skuad utama JDT musim ini. Namun begitu, beliau merupakan pemain ‘regular’ di JDT II dalam saingan Liga Perdana. Semoga Adam mampu bangkit semula dan mempamerkan aksi yang lebih baik pada masa mendatang.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram