Penjaga Gol Baru Manchester United Semakin Tertekan
Eropah
The Sun UK
Advertisements

Penjaga gol Manchester United, Andre Onana berjaya membuat penampilan keduanya bersama Manchester United selepas secara rasmi diumumkan sebagai pemain The Red Devils.

Aksi pra-musim bertemu Borussia Dortmund pada kelmarin menyaksikan Manchester United tewas dengan keputusan 3-2. Pengendali pasukan, Erik Ten Hag membawa masuk Andre Onana pada babak kedua permainan bagi menggantikan Tom Heaton.

Sebaik sahaja dimasukkan, penjaga gol kebangsaan Cameroon itu tidak teragak-agak memarahi bekas kapten pasukan, Harry Maguire. Kesilapan Maguire yang bakal mengundang padah kepada pasukan berjaya dihalang dengan tepisan berkualiti Onana.

Advertisements
https://twitter.com/utdryan/status/1685977682662641664?s=61&t=PvGEgHt0avA7Le93IORLLw

Onana seakan berang dan tertekan dengan kesilapan mudah dilakukan Maguire yang gagal mengawal rapi pemain lawan.

Tindakan Onana yang menengking Maguire itu telah mencuri perhatian ramai. Beliau ketika ditemu bual menjelaskan ketika di dalam padang, beliau akan selalu mengingatkan rakan sepasukan untuk kekal fokus.

“Saya bangga menjadi sebahagian daripada pasukan ini dan bermain dengan mereka adalah benda yang hebat.”

Advertisements

“Saya demand banyak sebab saya tahu beliau (Maguire) adalah pemain yang bagus. Salah seorang kapten pasukan, saya hormat beliau tetapi bila diatas padang saya akan tegur jika silap. Hubungan kami baik dan akrab.”

“Apapun kita tak perlu takut untuk melakukan kesilapan kerana ini adalah sebahagian daripada kehidupan,” ujar Onana ketika ditanya Jack Fawcett.

Jaringan Diogo Dalot dan Antony tak cukup untuk Manchester United melakar kemenangan apabila mereka tewas, 3-2 kepada Borussia Dortmund dalam aksi pra-musim di Stadium Allegiant.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram