Advertisements
Penjaga Gol Ini Seperti Sudah Merancang Gol Sejak Lahir
Eropah
MakanBola
Andrew Medichini

Penjaga gol kelab Lazio, Ivan Provedel mencipta sensasinya yang tersendiri apabila berjaya menyelamatkan maruah pasukannya daripada tewas di gelanggang sendiri dalam aksi Liga Juara Juara Eropah pada Rabu.

Provedel menjaringkan gol penyamaan pada ketika wisel penamat hampir ditiupkan. Gol tersebut terhasil melalui tandukan tajam Provedel sekali gus menjadikan kedudukan terikat 1-1 sehingga tamat perlawanan.

Dalam pada itu, jaringan yang dihasilkan Provedel tersebut seperti sudah dirancang sejak lahir. Ini kerana angka 94 telah terkait dengan beberapa perkara yang terjadi kepada Provedel.

Perkara pertama yang terkait adalah jaringan tersebut telah dihasilkan pada minit ke-94 perlawanan. Selain itu, Provedel turut memakai jersi bernombor 94. Perkara lain yang terkait dengan Provedel dan angka 94 adalah pemain itu berketinggian 1.94 meter.

Ternyata Provedel tahu waktu sesuai untuk menjaringkan gol. Selain gol penyamaan dramatik, beliau juga seakan-akan sudah merancang jaringan ini sejak beliau dilahirkan 29 tahun yang lalu. Mungkin beliau sudah merancang, kita sahaja yang lalai.

Related Articles