Advertising
Penjaga Gol Kelantan Kini Tercari-Cari Pasukan Baru
Liga Super
MakanBola
Farhan Abu Bakar

Bekas penjaga gol Kelantan, Farhan Abu Bakar kini difahamkan sedang berusaha untuk mencari pasukan baru.

Khabar kurang senang ini dikongsikan oleh pemain berusia 30 tahun itu sendiri menerusi platform Instagram tatkala beliau serius mencari pasukan yang mahu mendapatkan khidmatnya.

Ad

Beliau bagaimanapun hanya menjadi pilihan kedua di belakang penjaga gol semasa, Nik Amin Ahmad sungguhpun dilihat memiliki lebih banyak pengalaman.

Ad

Namun begitu, beliau membuat satu keputusan mengejutkan mengenai masa depannya menerusi hantaran tersebut.

Umum mengetahui bahawa terdapat beberapa pemain yang sudah pun membawa hakuan baharu selepas tidak lagi bersama The Red Warriors.

Ad

Kini, seorang lagi pemain bakal membawa haluan baharu setelah tidak lagi beraksi buat Kelantan.

Ad
CA0E4916 C8FF 4542 9172 BEA7F89EAC0E Penjaga Gol Kelantan Kini Tercari-Cari Pasukan Baru

Beliau juga berharap ada mana-mana pasukan dari Lembah Klang yang berminat untuk menggunakan khidmatnya buat pasukan mereka.

Ad

Kelantan kini difahamkan hanya memiliki dua penjaga gol iaitu Nik Amin dan seorang pemain muda bawah 23 tahun iaitu Irfan Haikal.