Penjaga Gol PSG Dihujani Wang Kertas Sewaktu Beraksi
Eropah
The Mirror
Advertisements

Penjaga gol PSG, Gianluigi Donnarumma dihujani ratusan wang kertas palsu sewaktu beraksi menentang bekas kelabnya, AC Milan di San Siro.

Ini berikutan keputusan Donnarumma meninggalkan AC Milan pada tahun 2021 untuk menyertai PSG dimana pemain itu menolak tawaran kontrak baharu oleh AC Milan.

Donnarumma yang turut dicanang sebagai salah seorang penjaga gol terbaik dunia ketika itu dikritik teruk oleh penyokong AC Milan kerana memilih PSG yang menawarkan kontrak lumayan berbanding kekal bersama kelab asalnya.

Advertisements

Wajah Donnarumma terpampang pada wang kertas tiruan itu dengan ayat ‘Dollaruma’ dan juga ‘pemain tanpa maruah’ sebagai tanda ejekan para penyokong AC Milan terhadap penjaga gol Itali itu menurut Sport Bible.

Donnarumma mencatat rekod sebagai penjaga gol kedua termuda dalam saingan Serie A apabila melakukan debut bersama AC Milan sewaktu berumur 16 tahun 242 hari.

Produk akademi Milan itu menjadi kebanggaan penyokong AC Milan sewaktu itu namun keputusan Donnaruma untuk meninggalkan kelab secara percuma telah menaikkan kemarahan penyokong.

Advertisements

Donnarumma telah melakukan 251 penampilan buat AC Milan dan baru sahaja berusia 22 tahun sewaktu beliau berpindah menyertai PSG.

AC Milan berjaya menewaskan PSG dalam perlawanan tersebut hasil jaringan Rafael Leao dan Olivier Giroud untuk menghidupkan peluang ke peringkat kalah mati Liga Juara-Juara Eropah.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram